Rabu, 16 April 2008

Syaitan

Sini-sini, aku mahu cerita tentang perihal curang yang pada aku memang syaitan,
sebab aper aku cakap cmtu, aku teringat film Syaitan yang dilakonkan oleh Rosyam nor & Lisdawati, lagi satu hal ini terjadi didepan mata sendiri...

Kisah pertama, aku mahu mengisahkan aku nyer bekas (ex la tuh kalu nak paham lagi)
sekali pandang, yer baik mcm malaikat, bertudung, sopan, sembahyang tak tinggal (yer sebab dia sembahyang, bukan solat) orang cakap memang sesuai lah nak buat calon bini, aku dapat bau yang dia nih mula main 'busted' pasal dia mula la main-main sms depan aku, takpe lah...tu aku leh pejam mata lagi la, pasal aku percaya dia. Then selepas tuh mula la rakan-rakan office dia bercerita perihal yang sama tentang perangai dia yang suka melayan lelaki, nak-nak yang berharta (aku taula aku sape) sampai member punya pun dia nak pangkah, member dia pulak lebih percaya cerita aku dari dengar cerita perempuan yang shock culture tuh. Orrittte sambung lagi, aku pun mula la rasa tak sedap hati, so aku rileks je la, wat bodo sket kat dia cos aku nk tgok sampai mana dia nyer ligat, tuhan tu maha berkuasa, kalu dia nk tunjuk kekuasan dia tuh kita mintak sekali je 'on the spot' dia akan tunjuk, memang ajaib la, petang tuh aku solat hajat mintak tuhan tunjukkan hal kebenaran, cos memang perangai aku tak suka tuduh-tuduh nih, daripada aku kusut, baik mintak tuhan tunjukan...Alhamdullilah, petang tu jugak ader sorang mamat nih tiba-tiba contact aku nak ajak jumpe (pelik?!!) Dipendekkan cerita mamat ni pun pernah dipermainkan oleh ex aku nih, tapi yang panas dia main busted nih time aku tengah couple (oh tuhan!) mamat tuh siap cerita sering c*****t ngn ex aku nih...(=<) Last-last mamat nih jadi kawan aku smpai sekarang haha. Banyak lagi la bukti-bukti yang aku malas nak cerita lagi.

Kisah kedua berlaku pada kawan aku sendiri, nih pun satu bodoh nyer perangai. Kawan aku nih sudah pun bertunang, tapi kerana perangai yang kaki perempuan dia selalu la keluar dengan perempuan yang sape-sape ntah, pastu siap cerita dengan aku perempuan dia kuar tuh cane, pkai skirt la, muka jambu la, chinese look la, shit!! then siap tgok wayang, pergi makan-makan semua (tak payah la nak bangga dengan aku, aku sememangnya meluat dan muak kau tahu tak?!!). Mentang-mentang lah tunang dia tu skema. Dia tuh tak leh pikir ke perasaan tunang dia kalu dapat tahu, atau pun terserempak time kau tgah sedap-sedap berdating...ader skali tuh tuhan nk tunjuk, kantoi time hantar mms, perang besar, siap kena tukar num handphone haha padan muka kau, curang la lagi.

Kisah ketiga pula nih kisah terbaru, bukan kawan aku tapi kawan kepada kawan aku, ada satu malam tu kitorang lepak di sebuah sportclub di Johor Bahru pasal kawan aku nih nak deal vanue tuk gig yang akan berlansung tidak lama lagi, jam pada masa tuh lebih kurang pukul 1 pagi. Setelah selesai semua kitaorang pun gerak lah, tibe sampai depan lift tuh kitaorang berselisih dengan sepasang couple nih, perempuan nyer agak lawa dan boy nyer pun agak kacak. Tiba-tiba kawan aku sorang nih cakap "aku kenal dey dak perempuan tuh, dia tunang member aku, siap pegang tangan sey". Hah?! aku pun terperanjat dengar, dah tunang lagi berpegang tangan dengan orang lain, aku tanya dia balik betul ke, takut salah orang nanti, dia cakap perempuan nih penah duduk makan satu meja dulu dengan member dia, member dia tu dah la baik je orangnya. Aduhai kejamnya manusia zaman sekarang...

Belajarlah untuk setia, minta lah maaf dengan pasangan kita selagi sempat, jangan pernah sekali pun sakiti hati pasangan kita, sebelum semuanya menjadi titik akhir, menyesal nanti dah tak berguna. Tuhan itu maha agung, mintalah petunjuk yang benar daripadanya, jangan hanya ikut hati dan perasaan, "ikut kata binasa, ikut hati mati"
Sama-samalah kita berdoa untuk kebahagian bersama. Aminnn

Tidak ada komentar: